Klik

Tuesday, October 18, 2011

Tahukah Anda?(Peristiwa 18.10)

Pada hari ini dalam tahun 1826, satu perjanjian telah ditandatangani. Perjanjian apa? dan siapa yang terlibat dalam perjanjian ini? Jawapannya ialah "PERJANJIAN LOW". Pada waktu itu, wakilpolitik gabenor Pulau Pinang, Melaka dan Singapura bagi pihak yang Gabenor dan Syarikat Hindia Timur Kapten James Low dan Sultan Perak, Sultan Abdullah Maalum Shah ibni Almarhum Sultan Jumalullah telah menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Low.

Kenapa Perjanjian Low dibuat?

Perjanjian ini dibuat adalah kerana sikap Raja Ligor yang tidak menghormati Perjanjian Burney yang ditandatangani oleh pihak Inggeris dengan Raja Siam pada tahun 1825. Setelah Kapten Burney kembali ke India, Raja Ligor tidak menghormati janjinya mengenai negeri Perak iaitu, mengakui hak Sultan Perak untuk "memerintah negeri baginda sendiri". Ini dibuktikan melalui tindakan Raja Ligor yang telah menghantar utusan dengan pasukan tenteranya ke Perak. Raja Ligor telah memberi jawapan yang berdolak-dalik apabila Gabenor Fullerton meminta penjelasan mengenai perbuatannya itu. Oleh kerana bimbangkan amaran dari Siam itu dan mengingat betapa Inggeris telah mengecewakan harapan Sultan Kedah dengan tidak membantu baginda dari serangan Siam dalam tahun 1821, Sultan Perak berkehendakkan satu perjanjian persahabatan yang dapat menjamin keselamatan negeri baginda dari serangan Siam.

Apakah Perkara-Perkara Penting Yang Termaktub Dalam Perjanjian Ini?

1. Sultan Perak tidak boleh membuat apa jua bentuk hubungan dengan Raja Siam dan pembesar-pembesarnya, dan juga dengan Raja Selangor dan pembesar-pembesar baginda, dan juga kuasa-kuasa lain yang berkaitan dengan politik, pentadbiran dan urusan Kerajaan Negeri Perak.

2. Baginda juga mengaku tidak akan mengirim ufti Bunga Emas dan apa jua biaya kepada Raja Siam, Sultan Selangor dan kuasa-kuasa lain.

Sekadar perkongsian ilmu untuk kita semua. Cintailah sejarah!!!

Rujukan : Noriah Jalil (1986), Hari Ini Dalam Sejarah Jilid IV, Arkib Negara Malaysia, Utusan Printcorp Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Sunday, October 16, 2011

apa ada pada A???

Salam 1 Malaysia.hari ini,saya terpanggil untuk berkongsi sesuatu dengan para pembaca yang sudi membaca luahan hati ini.isu yang ingin saya timbulkan ialah mengenai bidang pendidikan di mana ibu bapa mengukur kejayaan seseorang anak itu dari segi jumlah A yang diperolehi tetapi pada sudut yang lain,mereka tidak pernah memikirkan langsung akan tahap pencapaian yang diperolehi oleh anak-anak mereka.bagi saya,perkara ini berlaku kerana kebanyakan masyarakat kita hanya menilai sesuatu yang dilihat pada sesuatu masa tetapi tidak pada sesuatu yang kehadapan.apabila anak seseorang itu memperoleh A maka mereka akan melabel bahawa anak itu bijak dan baik dan semestinya ibu bapa mereka juga merupakan ibu bapa yang berjaya sedangkan anak yang tidak berjaya akan dianggap gagal dan tiada masa depan dan lain-lain andaian yang negatif.pada pandangan peribadi dan pengalaman saya sendiri,saya tidak melihat jumlah bilangan A yang banyak itu sebagai tanda atau pengukuran bahawa seseorang individu itu akan berjaya di masa akan datang.hal ini kerana ia tidak akan dapat membantu sepenuhnya individu itu untuk menghadapi alam universiti yang memerlukan mereka untuk bijak menangani permasalahan,bersosial dengan baik serta berfikir lebih kritis dan kreatif.ia juga tidak akan membantu individu yang cemerlang ini untuk turut cemerlang di dalam bidang pekerjaan kerana ia merupakan situasi yang sangat berbeza dan tidak hanya tertumpu kepada ilmu yang dipelajari ketika di alam universiti dahulu.teori dan amali walaupun ia sesuatu yang berkaitan namun ia sesuatu situasi yang berbeza yang menuntut seseorang untuk bijak menggunakan akal,emosi,komunikasi dan tindakannya yang mampu menyerap segala tekanan dari pelbagai sudut yang mendatang.justeru itu,amatlah penting di sini agar anak-anak pada masa kini dibentuk dan ditekankan dalam penguasaan