Klik
Wednesday, August 26, 2009
Tuesday, July 21, 2009
Friday, June 26, 2009
cite arini yg penuh tragis
Wednesday, June 24, 2009
muke yakin...hahaha
hari ni,aku tlh melancarkan perang pd seseorg...hahaha.brani btl bdk tu.dulu kecik je,skrg da beso.xpa2.lu tunggu!!!aku akan blaja lg utk jdkan blog aku lebih smart...al-maklum la still bayi lg dlm blog neh.hi3.bayi ke???agakla...em.sedap btl choki2 ni...dah sepuluh choki2 aku baham...sambil wat blig neh.nyum3.kenyang giler.alhamdulillah...em.aku tension tol la...elaun xmasuk laie...klu masuk,memg heaven la...time tu gak terbg g ke mid cr koleksi transformer...geram tol aku...xpa2.sabor ye cik aizuddin...xlari gunung dikejar,sbb gunung xde kaki.watpela nak kjr.wat penat je.pela aku mengkerepek ni...kwl diri...b4 aku semakin parah,baik aku men game.wahaha.best2.adios...salam...
time kasih abah...
Tuesday, June 23, 2009
penyesalan masa lalu ku
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.Same-same kt renungkan...yg buruk dtng dr saye,dan yg baik adlh dr Allah SWT.amin...
Manusia berhadapan dengan enam persimpangan
Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Monday, June 22, 2009
renungan bersama
Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.
Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".
Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.
MORAL & IKTIBAR
Allah menurunkan bala sebagai peringatan kepada hamba-hambanya atas dosa yang dilakukan.
Kehendak Allah mengatasi segala.
Allah menyayangi orang yang bertaubat sehingga apa saja doanya dikabulkan Allah.
Allah sayang kepada seseorang bukan kerana rupa dan sifat lahiriahnya, tetapi kerana sifat ubudiah dan ketaqwaannya.
Untuk mengatasi apa jua masalah yang menimpa, Allah menganjurkan kita supaya kembali kepadaNya.
Jangan memandang orang dari sifat lahiriahnya tetapi lihat dari segi amalan dan ketaqwaanya kepada Allah.
Tuesday, May 19, 2009
luahan hatiku...
Pencarian…
Kelam,
Sunyi,
Sepi,
Kabut,
Menghantui jiwaku yang kosong…
Apa yang ku cari?
Apa yang ku mahukan?
Apa sebenarnya semua ini?
Persoalan demi persoalan menerajang dinding hatiku.
Aku buntu
Melangkah dalam perjalanan hidupku
Tak seindah seperti yang ku dambakan…
Kerap kali aku terduduk
Menahan sakit
Duri yang menusuk anggota tubuhku.
Namun, ku bangkit jua
Walau pedih masih terasa
Menjalar disetiap inci tubuhku
Aku mendongak ke langit
Aku cari pedoman dalam kesuraman mentari
Yang seakan menggambarkan kesuraman jiwaku\
Yang kelam tanpa sang cahaya
Tuhan,
Apakah perjalanan hidupku akan terus dipenuhi dengan pencarian
Yang seakan tiada penghujung ini?
Atau, aku tidak akan sesekali menemui pencarianku ini
Walau nyawaku pergi meninggalkan jasadku
MenemuiMu yang Qudus sejati
Aku pasrah ya Tuhan,
Aku dambakan kasih sayang dan keredhaan dariMu
Berikanlah aku kekuatan
Agar aku akan terus mencari
Apa yang perlu aku temui…
Di akhir ketika nanti…
Hasil nukilan,
Dean artakus, (izdn_nor@yahoo.com.my)
Penyair malam