Klik

Tuesday, October 18, 2011

Tahukah Anda?(Peristiwa 18.10)

Pada hari ini dalam tahun 1826, satu perjanjian telah ditandatangani. Perjanjian apa? dan siapa yang terlibat dalam perjanjian ini? Jawapannya ialah "PERJANJIAN LOW". Pada waktu itu, wakilpolitik gabenor Pulau Pinang, Melaka dan Singapura bagi pihak yang Gabenor dan Syarikat Hindia Timur Kapten James Low dan Sultan Perak, Sultan Abdullah Maalum Shah ibni Almarhum Sultan Jumalullah telah menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Low.

Kenapa Perjanjian Low dibuat?

Perjanjian ini dibuat adalah kerana sikap Raja Ligor yang tidak menghormati Perjanjian Burney yang ditandatangani oleh pihak Inggeris dengan Raja Siam pada tahun 1825. Setelah Kapten Burney kembali ke India, Raja Ligor tidak menghormati janjinya mengenai negeri Perak iaitu, mengakui hak Sultan Perak untuk "memerintah negeri baginda sendiri". Ini dibuktikan melalui tindakan Raja Ligor yang telah menghantar utusan dengan pasukan tenteranya ke Perak. Raja Ligor telah memberi jawapan yang berdolak-dalik apabila Gabenor Fullerton meminta penjelasan mengenai perbuatannya itu. Oleh kerana bimbangkan amaran dari Siam itu dan mengingat betapa Inggeris telah mengecewakan harapan Sultan Kedah dengan tidak membantu baginda dari serangan Siam dalam tahun 1821, Sultan Perak berkehendakkan satu perjanjian persahabatan yang dapat menjamin keselamatan negeri baginda dari serangan Siam.

Apakah Perkara-Perkara Penting Yang Termaktub Dalam Perjanjian Ini?

1. Sultan Perak tidak boleh membuat apa jua bentuk hubungan dengan Raja Siam dan pembesar-pembesarnya, dan juga dengan Raja Selangor dan pembesar-pembesar baginda, dan juga kuasa-kuasa lain yang berkaitan dengan politik, pentadbiran dan urusan Kerajaan Negeri Perak.

2. Baginda juga mengaku tidak akan mengirim ufti Bunga Emas dan apa jua biaya kepada Raja Siam, Sultan Selangor dan kuasa-kuasa lain.

Sekadar perkongsian ilmu untuk kita semua. Cintailah sejarah!!!

Rujukan : Noriah Jalil (1986), Hari Ini Dalam Sejarah Jilid IV, Arkib Negara Malaysia, Utusan Printcorp Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

1 comment:

arenyss dyla said...

tak minatnya sejarahhh..huhu